Jumaat, 17 Oktober 2014

Tugasan Pertama


Assalamualaikum w.b.t...

Tugasan pertama yang kami terima dari Dr.Nott pada minggu pertama adalah membuat satu video one shot video dengan diselitkan lagu Melayu. Setiap kumpulan harus memilih untuk membuat tarian atau lakonan dalam klip video tersebut. Kumpulan saya (S.Y.G Production) telah memilih lagu Melayu yang bertajuk Agenda Jahiliah yang dinyanyikan oleh kumpulan Bunkface. Kumpulan kami sebulat suara memilih untuk melakonkan tugasan tersebut. Setelah berbincang kumpulan kami memilih untuk mengadakan lakonan di Sanggar Warisan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Oleh kerana kekangan masa untuk membuat persiapan props dan costume, shooting terpaksa dilakukan pada waktu malam. Alhamdulillah tanpa sebarang masalah lakonan untuk klip video berjaya dilakukan dalam anggaran masa dua jam sahaja. So, silalah view video kumpulan kami di youtube. TQ.http://www.youtube.com/watch?v=HpzNzEqVmpI

one shot video Agenda Jahiliah

Jumaat, 10 Oktober 2014

Permulaan Kepada Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t.

Blog ini dihasilkan khusus untuk subjek BBK 3408 Kesusasteraan dalam Multimedia yang saya ambil untuk semester ini. Prof. Madya Dr. Normaliza selaku pensyarah subjek tersebut. Beliau merupakan seorang pensyarah yang agak sempoi, sporting, tegas dan sangat sangat memahami pelajar. Walaupun tugasan yang diberikan begitu mencabar namun kami berasa sangat enjoy dan seronok dalam menyiapkannya